Kita dah terbukti ke Anti-Israel?
Saya ada membaca beberapa artikel dalam laman-laman web yang agak pro
UMNO
atau memang UMNO totok, dan juga dalam media massa arus perdana negara tentang
mempersoalkan tindakan ‘bodoh’, ‘murahan’ YB Mahfuz (MO) dan Sdr.Salahuddin
Ayub (SA) untuk memilih masuk penjara daripada membayar denda RM1,500.00.
Menurut mereka ,biarpun apa alasan yang diberikan oleh MO dan SA, biarpun
beliau dianggap sebagai wira Palestin atau dengan apa-apa nama julangan yang
lain, nama beliau telah tersenarai dalam kategori banduan. Selain daripada itu,
tindakan MO dan SA itu dianggap publisiti murahan dan ia sebagai bukti bahawa
PAS dan BA merestui satu tindakan intifadah! Kalau hendak disenaraikan di
sini dah tentu banyak lagi kecaman-kecaman terhadap beliau. Seakan juak-juak
UMNO/BN lupa atau sengaja mahu mengalihkan tumpuan massa apakah sebab MO ,SA
dan Pakcik Amjal (PA) dipenjara! Demonstrasi di luar pagar Universiti Malaya
lantaran memprotes tindakan kerajaan Malaysia menjemput pasukan kriket Israel
bagi mengikuti satu pertandingan kriket di Malaysia. Itu pokoknya. PAS tidak
sama sekali reda dengan Israel , sebuah negara haram yang menduduki bumi
Palestin berdekad-dekad lamanya. Kalau pun ada yang agak-agak mahu
berkompromi dengan Yahudi (walaupun telah terang lagi nyata dalam al-Quran.)
untuk bersahabat baik dengan mereka….terserahlah. Namun menjemput pasukan
‘negara Israel’ bererti membina jambatan ‘diplomatik’ dengan mereka. Itu
yang
menyebabkan mereka berdemonstrasi!!!
Kesan
daripada itu, mereka telah didapati bersalah. Jadi, mereka melancarkan pula
‘demonstrasi kedua’ iaitu tidak mahu membayar walau satu sen pun denda, sebaliknya
memilih penjara. Dalam konteks normal manusia, mereka akan memilih mana-mana
pilihan yang lebih mudah dan selesa untuk kepentingan dirinya. Jadi, apabila
MO ,PA dan SA memilih penjara…maka ia adalah protes! Protes kepada kerajaan
Malaysia yang pro-Israel (dalam konteks demonstrasi di luar UM dan ketika
perbicaraan di mahkamah). MO dan SA telah menolak kepentingan diri…memilih
suatu yang sukar (malah terlalu perit…mengikut cerita beliau setelah
berjaya melompat keluar dari Pajero di Plaza Tol Rawang..) kerana itu demonstrasi
kedua beliau sebenarnya adalah untuk rakyat Malaysia yang anti-Israel secara
total.( Kerana pendokong Islam tulen tidak boleh hipokrit. Sekejap kecam
Israel, bila Yasser Arafat datang ke Malaysia, kita dengar kata beliau “My
brother and sister in Islam ..” kitapun sambut beliau secara besar-besaran…tapi
lepas itu kita berbaik-baik dengan Israel walau atas nama sukan
lah..kemanusiaan lah…) Mengapa MO dan SA bertegas tidak mahu membayar denda?
Kerana dengan membayar wang denda itu, ia sebenarnya satu sumbangan kepada
kerajaan yang hipokrit dalam konteks pro-Palestin dan anti-Israel ini (malah
dalam beberapa kes yang lain). Bercakap pula tentang publisiti murahan.
Kalau mereka sanggup bayar denda (tanpa ada apa-apa keuzuran) tersebut
sekalipun publisiti mereka bukan pulisiti murahan. Kerana dalam konteks
berani berdemonstrasi dan berani bereformasi secara terbuka…tiada istilah
publisiti murahan. Bila masuk penjara…mereka dapat publisiti ‘high class’.
Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang berani melakukannya. Sebagai
seorang MP seperti MO, beliau dipilih oleh rakyat yang menyokong BA. Oleh itu
tindakannya mestilah mencerminkan kehendak pendokong BA yang tidak mahu
bersekongkol dengan pihak yang pro-Israel. Biarpun beliau tidak perlu
bertanya kepada setiap pengundinya perlukah beliau masuk penjara atau cukup
sekadar bayar denda sahaja. Namun sebagai pemimpin yang memperjuangkan kebenaran
tulen harus membuktikan kepada rakyat bahawa beliau bukan anti-Israel sekadar
di lisan.
Jangan salah Mahfuz Omar jika kini beliau memulakan pula demonstrasinya
yang ketiga! Bergerak ke khalayak umum untuk diminta penjelasannya
bagaimanakah enakknya duduk sebulan di penjara (bukan setelah dapat habuan
apa-apa daripada mana-mana sponsor) .Biarpun isinya ada sedikit penambahan
namun masih tajuk yang sama. Masih tetap anti-Israel! Satu lagi hakikat
yang semua perlu terima ialah, beliau telah membuktikan kepada kita bahawa
beliau telah pun diuji untuk membuktikan beliau beristiqamah anti-Israel.
Berani membuat demonstrasi secara terbuka di luar UM, berani dipenjara
(berani melompat keluar Pajero) dan berani dipenjara lagi demi menegakkan
kebenaran! Kita macam mana?
Seperkara lagi, ada yang kata walau apa pun
MO dan SA dah bergelar banduan. Imej dah kotor. Banduan!!! Sejarah telah
membuktikan sebenarnya penjara bukan tempat manusia yang salah qatie. Mereka
dipenjara kadang-kadang kerana gagal peguamnya di mahkamah kerana adanya
konspirator jahat. Macam DSAI, umum tahu kesalahan beliau belum terbukti !!!
selagi beliau tidak diadili dengan seadil-adilnya di MAHKAMAH SYARIAH.
Justeru, penjara kadang-kadang adalah tempat mangsa putar belit hakim dan
konco-konconya. Mungkin juga mahkamah adalah tempat mereka yang mempunyai
ideologi yang berlainan dengan kehendak negara seperti Kem Tahanan Kemunting!
Malah terlalu ramai tokoh-tokoh Islam yang dipenjara sejak dahulu kala.
Contohnya Imam Malik, Sayid Qutub, Abu ‘Ala Al Maududi dan sebagainya. Itu lebih
baik sebenarnya daripada bebas lepas tetapi bergelumang dengan dosa dengan merestui
apa-apa yang haram di sisi Allah S.W.T.
Kalaulah ada yang mengatakan
Mahfuz Omar
menginginkan publisiti murahan untuk gimik politiknya, macamana dengan Pakcik
Amjal (Ajaran Muhammad Jalan Amat Lurus)! Siapakah beliau yang memerlukan
gimik politik sedemikian rupa. Dalam usia yang tua …sanggup juga dipenjara!
Inilah yang amat tidak difahami oleh UMNO dan juak-juaknya. Soal agama dan
dunia seperti bila sembahyang kena tutup aurat ..batal kalau kain berlubang
tapi, bila main pakai seluar pendek. Bukankah dalam al-Quran bahawa
orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak reda kepada kita sehingga kita mengikuti
jalannya!
Apa kena mengenanya tindakan Mahfuz Omar turun kekhalayak dengan
intifadah rakyat Palestin. Tak ada sebut pun! Kecualilah jika Pak Lah
menganggap Polis-Polis tu macam Polis-Polis Israel! Dan Kerajaan ini macam
kerajaan Israel. Betul lah..kata DS Anwar Ibrahim (Semoga Allah segera
menyembuhkan beliau…Amin) kepada TS ‘Kaki Pukul’ Rahim Noor bahawa
polis Malaysia macam Israel! Kalau nak betul-betul jadi intifadah isytiharlah
macam itu. Nampak sangat Pak Lah dah kebengkrapan idea nak tangani gelombang
reformasi rakyat!
Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan…UMNO/BN tidak
menduga malah langsung tidak sangkut pun dalam benak mereka tindakan MO, SA
dan Pakcik Amjal untuk memilih penjara dalam pilihan hukuman yang ditawarkan
kepada mereka. Sekali gus memberikan perspektif baru dalam arus reformasi
rakyat Malaysia untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam 2004! Seperti di atas papan
catur, setiap langkah yang diatur sama ada untuk menang atau untuk kalah. BA
dalam beberapa peristiwa mutakhir ini nampaknya kian kedepan untuk menang.
Lain lah nanti bila nak-nak, kalah depa tukar pulak secara tiba-tiba jadi main
dam aji!!!!
UNDURR-MAHADEY UNDURRRR !!!!!!
Alma-Maleem D’Tanjung
Maizaamiza@hotmail.com
|